suria

Wanita Diminta Berhenti Acarakan Majlis Kerana Gunakan Mikrofon

PETALING JAYA: Seorang wanita mendakwa Majlis Perbandaran Kota Baru (MPKB) menghentikannya daripada mengacarakan sebuah majlis atas alasan berkaitan Islam.

Ameera Aida, yang merupakan seorang pengacara bebas meluahkan kekecewaannya di Twitter pada Jumaat, mendakwa bahawa dia sedang mengacarakan sebuah majlis kanak-kanak, sambil memakai tudung dan kemeja-T yang longgar sewaktu pegawai MPKB melakukan tindakan itu.

Ameera Aida - Twitter

Dia mendakwa bahawa dia diberitahu bahawa 'wanita tidak boleh menggunakan mikrofon untuk bercakap kerana suara wanita adalah aurat'.

Bagi masyarakat Muslim, aurat adalah bahagian tubuh yang tidak boleh dilihat di khalayak ramai.

Bagaimanapun, beberapa penganut Muslim (konservatif) berpandangan bahawa suara wanita adalah aurat, kerana ia boleh menjadi 'godaan'.

Ameera berkata, dia terpaksa menaiki bas pulang ke Kuala Lumpur walaupun telah membayar tiket penerbangan dan bilik hotel untuk tugasan selama lima hari itu.

Wanita itu hanya menunaikan tugasannya selama dua daripada lima hari dia diupah.

Tambahnya, larangan MPKB itu boleh menjejaskan kerjayanya jika dia dihalang daripada mengacarakan sebarang majlis pada masa akan datang.

Posting Ameera itu mencetuskan perbalahan sama ada suara wanita dianggap sebagai aurat seperti suara penyanyi wanita beragama Islam, penceramah motivasi, guru, pensyarah dan ahli politik yang juga akan dilarang menggunakan mikrofon di khalayak ramai disebabkan oleh alasan tersebut.

aurat, pengacara

Artikel Berikut

Artikel Lain