suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Khidmat TKPN Disambung Setahun

PUTRAJAYA:  Perkhidmatan Tan Sri Noor Rashid Ibrahim sebagai Timbalan Ketua Polis Negara akan disambung secara kontrak selama setahun, selepas tarikh persaraan wajibnya pada 17 Mac ini, demikian diumumkan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri  berkata Noor Rashid akan bersara wajib  pada usia 60 tahun, pada tarikh itu.

Kementerian Dalam Negeri  sedang menunggu surat perkenan daripada Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V terhadap pelantikan itu, katanya ketika berucap pada Perhimpunan Bulanan dan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Kementerian Dalam Negeri 2017 pada Khamis.

Noor Rashid dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis pada Disember 2014.- Bernama

Tan Sri Noor Rashid

Artikel Berikut

Artikel Lain