suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Guru Diingatkan Jangan Jadi Propembangkang - Mahdzir

Datuk Seri Mahdzir Khalid. -fotoTHESTAR

LABUAN: Guru sekolah seharusnya  menyokong kerajaan dan bukan menunjukkan 'sikap melampau' dalam memperlihatkan mereka propembangkang yang jelas melanggar tataetika sebagai penjawat awam, kata Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Beliau berkata masih terdapat segelintir guru yang menunjukkan diri mereka di laman media sosial Facebook sebagai propembangkang secara keterlaluan yang sepatutnya tidak berlaku.

"Saya dah sebut berkali-kali bahawa guru (adalah anggota) dalam perkhidmatan awam… mereka harus ada kesedaran yang mereka itu sedang menggalas tugas sebagai penjawat awam iaitu sebagai guru," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita di sini, pada Khamis selepas menghadiri Majlis Titian Kasih bersama warga pendidik bersempena lawatan kerja sehari di pulau bebas cukai ini.

Mahdzir turut mengingatkan bahawa sikap keterlaluan dan ekstrem dalam menunjukkan diri mereka propembangkang boleh dikenakan tindakan bergantung kepada keseriusan kes.

Beliau berharap guru yang terlibat menerima tegurannya itu.

Sementara itu, Mahdzir yang juga anggota Majlis Tertinggi Umno berkata barisan kepimpinan parti itu sentiasa bersedia berhadapan dengan siapa juga dari parti yang pembangkang yang akan bertanding dalam pilihan raya umum ke-14.

"Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga pengerusi Barisan Nasional telah memberi arahan dari masa ke semasa kepada semua jentera parti di semua peringkat untuk membuat persiapan yang diperlukan," katanya. -Bernama

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain