SPRM Beku Akaun RM3.6 Juta, Sita Empat Kereta Mewah - Semasa | mStar

SPRM Beku Akaun RM3.6 Juta, Sita Empat Kereta Mewah

Salah sebuah kereta mewah milik Datuk Seri yang disita SPRM.

PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membeku empat akaun berjumlah RM3.6 juta serta menyita beberapa buah kenderaan mewah milik seorang ahli perniagaan bergelar Datuk Seri.

SPRM mengambil tindakan susulan selepas penahanan ahli perniagaan itu yang dipercayai menerima wang berjumlah RM19 juta bagi menutup kes siasatan projek mega terowong dasar laut di Pulau Pinang.

Selain  membekukan empat akaun bank milik syarikat individu tersebut, SPRM turut menyita empat buah kenderaan mewah iaitu Toyota Vellfire, Mercedes Benz, Land Rover dan Hyundai Starex yang dianggarkan bernilai kira-kira  RM1.3 juta serta tiga buah televisyen bernilai RM167,900.

Difahamkan, turut disita sebuah rumah bernilai kira-kira RM2.5 juta yang terletak di Petaling Jaya.

Sementara itu, Pengarah Kanan Jabatan Siasatan SPRM, Datuk Simi Abd Ghani, ketika dihubungi mengesahkan penyitaan itu dan berkata pasukan penyiasat masih dalam proses mengumpul bukti bagi membantu siasatan.

Rasuah , Projek Terowong Dasar Laut

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Harga Minyak Naik

Artikel Berkaitan

Lebih Artikel