suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pribumi Parti Pilihan Wan Saiful

Wan Saiful Wan Jan.

PETALING JAYA: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Pribumi) merupakan parti pilihan Ketua Pegawai Eksekutif Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (Ideas), Wan Saiful Wan Jan.

Jemputan media ke majlis induksi rasminya pada Khamis (1 Mac) mula diedarkan pada Selasa.

Ia menyebut bahawa ia akan berlangsung di Galeri Pribumi, Menara Yayasan Selangor, di mana Presiden Pribumi, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan mengumumkan penyertaam Wan Saiful dalam parti itu.

Wan Saiful dijangka memberi ucapan sebelum sesi Q & A dan makan tengah hari bersama kepimpinan Pribumi dan Pakatan Harapan.

Bercakap kepada The Star sebelum ini, beliau akan secara rasmi menukar keanggotaan dalam PAS untuk parti politik baharu namun enggan mengulas lanjut.

Timbul spekulasi bahawa Wan Saiful akan bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-114) di bawah tiket Parti Pribumi Bersatu Malaysia, dengan beliau sendiri menyatakan minatnya berhubung perkara itu.

Rabu ini iaitu 28 Februari merupakan hari terakhir Wan Saiful di Ideas, sebuah badan pemikir dasar bebas yang diasaskannya pada 2009 selepas pulang dari United Kingdom.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain