suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

PRU-14: Pakatan Harapan Akan Guna Satu Logo - Tun M

Dr Mahathir Mohamad.

PETALING JAYA: Semua parti komponen Pakatan Harapan akan menggunakan satu logo pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

Pengerusinya, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, logo tersebut akan dipilih dari mana-mana empat parti komponennya, iaitu PKR, DAP, Parti Amanah Negara atau Parti Pribumi Bersatu Malaysia.

"Sama ada Pendaftar Pertubuhan (RoS) meluluskannya atau tidak, kita akan menggunakan satu logo sebagai pengenalan pada pilihan raya umum," katanya pada sidang media, Selasa.

Dr Mahathir berkata, pakatan itu masih belum memutuskan logo yang bakal digunakan, dan akan membuat pengumuman mengenainya tidak lama lagi.

Pakatan Harapan

Artikel Lain

Pengarah Labu meninggal dunia