suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Jangan Hanya Nak Kecam, Lebih baik Tolong! - Netizen

TINDAKAN pantas pemandu sebuah kenderaan mendapat pujian netizen kerana berjaya mengelakkan sebarang kecelakaan.

Menyedari sebuah kereta Perodua Myvi dipandu dalam keadaan berbahaya berhampiran Bukit Jawi Golf Resort, Pulau Pinang, seorang lelaki nekad memintas kenderaan itu.

Menerusi rakaman yang tular di media sosial, pemandu Myvi itu dilihat berada dalam keadaan lemah dan tidak bermaya namun memandu seorang diri.

Ramai pihak mengeluarkan kata-kata kesat dengan mendakwa kononnya pemandu itu berada di bawah pengaruh dadah atau alkohol.

Namun ada juga yang tampil menegur supaya netizen tidak membuat andaian negatif tanpa mengetahui punca sebenar lelaki terbabit memandu dalam keadaan begitu.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain