suria

“Bila Anda Mahu?” - Najib

Najib melambai ke arah media selepas hadir pada sambutan perayaan Tahun Baharu Cina di Wisma MCA pada Jumaat. Foto RAJA FAISAL HISHAN/The Star

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak terus mengunci mulut mengenai tarikh pilihan raya umum (PRU) ke-14.

Seorang wartawan membangkitkan soalan itu kepada beliau pada majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina anjuran MCA pada Jumaat.

"Bila, bila... bila anda mahu (PRU-14)?" kata Najib kepada pemberita yang bertanyakan sama ada tarikh pilihan raya umum telah ditetapkan.

Jawapan Perdana Menteri itu mengundang tawa dalam kalangan pemberita ketika itu.

Penggal lima tahun Parlimen akan berakhir pada 24 Jun dan pilihan raya umum perlu diadakan dalam masa 60 hari selepas pembubaran Parlimen, yang bermaksud tarikh terakhir adalah 23 Ogos.


PRU-14

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain