Beratus Penumpang Terkandas Di Jalan Duta

Sebahagian orang ramai yang membeli tiket bas tambahan terpaksa menunggu lama untuk menaiki bas ekoran bas tidak mempunyai permit perjalanan tidak sah ketika diperiksa oleh anggota penguat kuasa Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dalam operasi khas SPAD sempena cuti Tahun Baru Cina di Hentian Bas Jalan Duta Khamis malam. Foto: Bernama

KUALA LUMPUR: Lebih 300 penumpang bas yang ingin pulang ke kampung halaman masing-masing sempena cuti Tahun Baharu Cina  terkandas beberapa jam malam ini apabila bas yang ingin mereka naiki tidak muncul di Hentian Duta di sini seperti yang dijadualkan.

Ini dipercayai  gara-gara pemandunya cuba mengelak daripada diperiksa Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).

Pengurus Besar Kanan, Bahagian Penguatkuasaan SPAD, Datuk Che Hasni Che Ahmad berkata pemeriksaan di bawah Op Serkap  mendapati kira-kira 10 bas tidak tiba pada  waktu yang ditetapkan sejak 8 malam.

"Mereka mungkin ingin mengelak daripada diperiksa SPAD kerana dipercayai tidak mempunyai Lesen Perubahan Sementara (LPS) atau kesalahan lain," katanya pada sidang media mengenai operasi itu di hentian berkenaan.

Che Hasni berkata Op Serkap dari  9 hingga  25 Feb itu dilancarkan di semua terminal bas bagi memastikan keselamatan penumpang bas ekspres.

Katanya, setakat ini, SPAD telah mengeluarkan 146 saman bagi pelbagai kesalahan, selain menyita lima kenderaan, termasuk bas dan teksi.

Ketika dihubungi kemudian, Che Hasni berkata enam bas muncul selepas 11 malam.

Pembantu di sebuah  klinik pergigian di Jinjang,  Suffi Liyana Subian, 24, berkata bas yang dijadual tiba pada 8.30 malam tidak muncul untuk membawanya pulang ke Sungai Petani, Kedah.

Penumpang itu berkata beliau membeli tiket bas berkenaan secara dalam talian dua hari lepas pada harga RM60 dan ini pertama kali beliau mengalami kejadian sedemikian.-Bernama

SPAD, Bas

Artikel Sebelum

Richard Lau Akhirnya Bebas Penjara Dubai

Artikel Berikut

Klik

Sedih tak dapat beraya di kampung? Jom hidupkan suasana raya, menu Syawal boleh dihidang di mana-mana... Pek Ceria Raya kan ada!

TAK dapat balik kampung! Barangkali begitulah yang luahan dan keluhan kebanyakan kita yang menyambut 1 Syawal kali ini.

Jom senyum bersama tersayang sambil menonton banyak pilihan prabayar sepanjang Ramadan, Syawal... hanya di NJOI Prepaid!

TIGA pilihan pek baharu bersama 16 saluran ala-carte untuk pelanggan NJOI sepanjang Syawal ini.

Tak ada idea nak masak apa? Ini 5 program memasak menarik untuk anda tune in, no.2 paling kecoh!

LIMA program masakan terbaik yang boleh anda tonton secara streaming di Astro GO

Semuanya di hujung jari anda... bawakan senyuman buat mereka yang kurang bernasib baik, itulah kempen Raya HLB

HONG Leong Bank dan Hong Leong Islamic Bank (HLB atau Bank) memperkenalkan kempen 'Jauh Di Mata, Dekat Di Hati' sebagai salah satu usaha membantu golongan kurang bernasib baik.

Artikel Lain