suria

Namewee Tak Akan Terlepas - Zahid

PUTRAJAYA: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memberi amaran bahawa tindakan boleh diambil terhadap selebriti kontroversi, Namewee berhubung klip video bertemakan Tahun Baharu Cina berjudul "Like A Dog" (Seperti Anjing).

Timbalan Perdana Menteri berkata, Namewee menyebabkan beberapa kontroversi sebelum ini dan 'melepaskan diri', namun diberi amaran bahawa penerbit muzik itu mungkin tidak begitu bernasib baik kali ini.

"Orang ini (Namewee) telah terlepas daripada tindakan beberapa kali sebelum ini. Saya hanya ingin mengatakan bahawa suatu hari, tindakan akan diambil terhadapnya.

"Tidak bermakna jika mereka telah terlepas sebelum ini, mereka akan terlepas pada masa akan datang.

"Jangan salahkan pihak berkuasa sekiranya tindakan diambil terhadapnya.

"Saya khuatir ada 'orang perseorangan' atau organisasi tertentu yang mungkin mahu mengambil tindakan secara peribadi terhadap individu ini," kata Dr Ahmad Zahid pada sidang media di sini, Khamis.

Tema anjing bagi video yang dibuat Namewee sempena Tahun Anjing mengikut kalendar lunar Cina pada tahun ini.

"Negara kita merupakan negara yang mengutamakan keharmonian. Kita menghormati perbezaan agama, budaya dan bangsa setiap rakyat Malaysia. 

"Jika ada mana-mana individu melakukan provokasi sedemikian, jangan salahkan pihak berkuasa jika tindakan diambil terhadapnya," tegas Ahmad Zahid.


Namewee

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Tun M Dibenar Keluar IJN

Artikel Lain