suria

Dua Pemain Bola Sarawak, Seorang 'Bookie' Direman Kerana Atur Perlawanan

Dua pemain bola sepak Sarawak dibawa ke mahkamah majistret di Kuching bagi membantu siasatan berhubung kes mengatur perlawanan. - Semuanya Bola

KUCHING: Dua pemain bola sepak Sarawak dan seorang lelaki yang dipercayai menjadi 'bookie' direman selama enam hari kerana mengatur perlawanan ketika menentang Felcra FC pada Sabtu lalu.

Majistret Portia Tham Ong Leng membenarkan perintah reman tiga suspek itu sehingga 21 Februari, selepas mereka dihadapkan di mahkamah oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini pada Khamis.

Ketiga-tiga mereka yang terdiri daripada dua pemain yang berusia 28 dan 30 tahun serta seorang lagi 'bookie' ditahan SPRM antara pukul 7.15 malam dan 7.55 malam, Rabu.

Kes disiasat di bawah Seksyen 16(a) Akta SPRM 2009 yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda sehingga RM50,000 jika sabit kesalahan.

Pemain terbabit akan diletakkan dibawah penjagaan SPRM sepanjang tempoh reman, sementara bookie itu pula dibawah jagaan polis bagi membantu siasatan.

pemain bola, SPRM

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain