suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Yana Taubat Bergelar Wanita, Kembali Jadi Harry

PETALING JAYA: Harry Zulkifli, 26, yang dulu pernah hidup dalam dunia maknyah kini kembali berubah kepada fitrah.

Tatkala dulu dia lebih selesa dikenali sebagai' Yana',  kini dia mahu melupakan selamanya gelaran wanita itu dan lebih selesa disapa dengan nama lelaki iaitu Harry.

"Dua tahun saya ambil masa untuk berubah, ini berkat doa keluarga terutama mak dan dorongan kawan-kawan," kongsinya dalam Program Live FB Sinar Harian di Kumpulan Media Karangkraf pada Jumaat.

Harry yang menyatakan kekesalan dengan perlakuan lamanya, kini bertekad untuk kembali menjadi lelaki sebenar.

"Saya pasak tekad, moga ALLAH SWT kuatkan saya untuk terus menjadi seperti ini dan tidak kembali kepada perbuatan lama saya," katanya.

Sementara itu menyingkap kembali sejarah hitamnya, Harry berkata, dia yang sejak berusia empat tahun mempunyai naluri kewanitaan semakin 'menjadi-jadi' perubahannya selepas hidup bebas di Kuala Lumpur.

"Keluarga saya memang perasan mengenai saya, dulu saya selalu curi-curi pakai celak dan bersolek dan makin melarat tatkala usia menginjak remaja dan mula tersasar jauh setelah hidup bersendirian di Kuala Lumpur ketika itu," katanya.

Ketika di ibu negara, dia mulai berani pergi ke kelab malam dan menghabiskan masa di tempat tidak berfaedah.

"Duit saya sentiasa tidak cukup... hinggalah saya tersedar satu ketika hidup saya semakin jauh daripada keluarga dan agama," katanya sedih.

Dalam pada itu, bercerita mengenai ikisah penghijrahannya, detik penghijrahan itu bermula selepas tertarik dengan akhlak sahabatnya yang mula menarik untuk berubah.

"Terdetik untuk saya berubah dua tahun lepas. Saya tertarik dengan akhlak yang elok daripada seorang sahabat, dia bimbing dan tarik saya untuk bertemu dengan orang warak dan alim. - Sinar Harian

Yana, Makyah, Harry

Artikel Sebelum

Kilang Kopi MyCafe Berdaftar

Artikel Lain