suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

25 Cedera Bunga Api Meletup Ketika Perarakan Thaipusam

Jaspal melawat mangsa cedera di Hospital Sultan Abdul Halim Sungai Petani.

SUNGAI PETANI: Sekurang-kurangnya 25 orang cedera akibat letupan bunga api ketika menyertai perarakan sempena perayaan Thaipusam di Kuil Sri Subramaniya Swami Devasthanam dekat Jalan Sungai Petani-Kuala Ketil dalam kejadian kira-kira 8.30 malam Khamis.

Pengerusi MIC Kedah, Datuk Jaspal Singh berkata, tiada kemalangan jiwa setakat ini dan kesemua mangsa dilaporkan mengalami cedera ringan akibat letupan berkenaan.

Menurutnya, letupan bunga api berlaku ketika orang ramai menyaksikan perarakan kereta berhala yang diarak dari kuil terbabit.

"Kita nak polis jalankan siasatan kerana sepatutnya percikan bunga api tiada dalam agenda sambutan,"katanya.

Beliau dalam masa sama turut melawat mangsa cedera di Hospital Sultan Abdul Halim Sungai Petani dan turut bersimpati dengan kesemua mangsa yang terlibat. - Sinar Online

Thaipusam

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Gambar Jamal Nazak Palsu

Artikel Lain