suria

Data Lebih 220,000 Penderma Organ Bocor

PETALING JAYA: Jika sebelum ini berlaku kebocoran data peribadi telefon bimbit, kini isu sama menimpa lebih 220,000 penderma organ di negara ini.

Menurut laman web tempatan, Lowyat.net, maklumat yang bocor itu termasuk kod penderma, nama penuh, MyKad dan nombor kad pengenalan lama, tarikh lahir, umur, kewarganegaraan, bangsa, jantina, alamat, emel dan nombor telefon.

Paparan skrin yang dimuat naik di laman web itu mendakwa adanya data melibatkan 220,394 penderma yang menandatangani akujanji antara Januari 2009 dan Ogos 2016.

Data berkenaan yang dibahagikan kepada beberapa fail mengikut tahun turut mengandungi maklumat berkaitan waris penderma, nama mereka, alamat dan juga nombor telefon.

Juga adanya pecahan untuk tiap tahun berkenaan dengan senarai nombor penderma untuk setiap bulan, umur, jantina, bangsa, tempat lahir, jenis organ yang akan didermakan.

Laman web itu juga mendakwa data itu mungkin diperoleh daripada pangkalan data pusat, kerana maklumatnya daripada hospital awam juga Pusat Sumber Transplant Nasional.

Selain itu, ia juga mendakwa kebocoran itu sebahagian daripada penyelewengan melibatkan pertubuhan di negara ini antara September dan November 2016 yang mengandungi maklumat peribadi individu.

Lowyat.net, organ

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain