suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Empat Remaja Tunggang Basikal Lajak Ditahan

KUALA LUMPUR: Empat remaja lelaki ditahan kerana dipercayai mengubah suai basikal dan menunggang secara berbahaya di kawasan perumahan Persiaran Meranti Sri Damansara 13, berhampiran Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE), di sini, Ahad.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Mohd Zani Che Din berkata kesemua mereka yang berumur antara 14 dan 15 tahun itu ditahan anggota Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya dalam operasi hasil maklumat awam pada 3 petang.

"Susulan itu, polis mengeluarkan saman mengikut Peraturan 42 (1) (a) LN 166/59 Kaedah-kaedah Lalu Lintas 1959 kerana mengubah suai basikal yang tidak memiliki brek dan loceng," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, Isnin.

Polis turut merampas kesemua basikal lajak yang digunakan dan merakam percakapan remaja terlibat serta penjaga masing-masing, katanya.

-Bernama
basikal lajak

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain