suria

TH Nasihat Pendeposit Kemas Kini Maklumat Peribadi

KUALA LUMPUR: Pendeposit Lembaga Tabung Haji (TH) dinasihati  agar mengemas kini maklumat peribadi sekiranya terdapat perubahan data bagi memudahkan TH menyalurkan maklumat kepada mereka.

Pengarah Urusan Kumpulan dan  Ketua Pegawai Eksekutif TH  Datuk Seri Johan Abdullah berkata pengemaskinian tersebut penting bagi mengelakkan kes surat tawaran haji tidak diterima kerana bertukar alamat.

"Saya berharap agar kesemua pendeposit TH mengambil perhatian dan tindakan susulan bagi memastikan kelancaran penyaluran sebarang makluman penting oleh pihak TH kepada pendeposit,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, Jumaat.

Johan berkata setakat  TH mempunyai  9.3 juta pendeposit,  namun hanya 2.9 juta pendeposit telah membuat pengemaskinian profil peribadi.

Pendeposit boleh mengemas kini alamat, nombor telefon dan melakukan penamaan waris di mana-mana pejabat cawangan, pusat perkhidmatan TH dan Pusat Transformasi Bandar (UTC).

Pengemaskinian juga boleh dilakukan di kaunter Rakan Strategik TH iaitu Bank Islam, Bank Rakyat dan Maybank Islamik di seluruh negara, Untuk sebarang pertanyaan berkaitan perkhidmatan TH, orang ramai boleh menghubungi Pusat Panggilan Tabung Haji di 03-6207 1919.-- Bernama  


TH

Artikel Sebelum

Tun M Gagal Batal Sepina Jamal

Artikel Berikut

Artikel Lain