suria

Suhu Kelantan Hanya 20 Darjah Celsius

KOTA BHARU: Suhu di Kelantan mencecah 20 darjah Celsius terutamanya di sekitar kawasan Pengkalan Chepa, di sini, awal pagi Isnin.

Seorang pengguna Facebook, Rizal Tahir (RT) berkongsi paparan aplikasi cuaca dengan hujan gerimis suhu 20 darjah Celsius pada jam 3.46 pagi.

Rata-rata pengguna lain di laman sosial turut berkongsi perkara sama.

Menurut laman web rasmi Jabatan Meteorologi Malaysia setakat jam 10 pagi ini, Kota Bharu mencatatkan suhu 22 darjah Celsius kedua tertinggi selepas Cameron Highlands, manakala Kuala Pilah yang sebelum ini mencatatkan suhu 21 darjah Celsius, pada jam ini mencatatkan 23 darjah Celsius menyamai suhu di Kuala Terengganu dan Kuantan.

Lain-lain kawasan seperti Melaka, Alor Setar, Senai dan Chuping mencatatkan 23 darjah Celsius sehingga jam 10 pagi.- SinarHarian

Kelantan, Celsius

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain