Sinar Harian Nafi Berita Najib Bakal Dipenjara - Semasa | mStar

Sinar Harian Nafi Berita Najib Bakal Dipenjara

SHAH ALAM: Sinar Harian menafikan mengeluarkan sebarang berita kononnya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak bakal dipenjarakan sekiranya BN kalah dalam PRU14.

Berita tular yang disebarkan di media sosial memaparkan gambar Najib berserta kenyataan 'Andai saya (Najib) kalah, saya pasti mengikut jejak Anwar Ibrahim dan mungkin akan mati dalam penjara' telah disebarkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dengan menggunakan platform Sinar Harian Online.

Ketua Pengarang Sinar Harian Norden Mohamed berkata, penyiaran berita palsu berkenaan itu berniat jahat dengan mengaitkan Sinar Harian Online.

"Gaya penulisan yang terpapar itu tidak mengikut gaya penulisan (house style) Sinar Harian.

"Kandungan berita itu tidak mengandungi dateline (tempat), tarikh berita ditulis dan tiada 'watermark' (cop) Sinar Harian pada foto yang tersiar," katanya kepada Sinar Online.

Masthead Sinar Harian kerap digunakan sebagai penghias berita-berita palsu yang kemudiannya ditularkan. Pelayar internet dan media sosial perlu berhati-hati. Sila ke sinarharian.com.my atau ke Facebook Sinar Harian untuk mendapatkan berita yang telus dan tulus. - Sinar Online

Sinar Harian , Najib Tun Razak

Artikel Sebelum

Dua Maut Tertimbus Tanah Runtuh

Artikel Berikut

MH370: 'Jumpa Baru Bayar', Ini Baru Adil

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

Artikel Lain