suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Susu Rumusan: Selamat Tapi Tak Capai Standard Kualiti

Antara susu yang disyaki tiruan dirampas KPDNKK Johor pada 10 Disember lalu.

PUTRAJAYA: Hasil analisis Kementerian Kesihatan (KKM) terhadap susu rumusan bayi yang dirampas di Johor mendapati produk tersebut selamat digunakan.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata KKM melalui Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan bekerjasama rapat dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) telah mengambil sampel produk yang dirampas kerana disyaki menggunakan cap dagangan tiruan untuk dianalisis.

"Sampel produk tersebut kemudiannya dihantar ke Makmal Keselamatan dan Kualiti Makanan bawah kementerian dan Jabatan Kimia Malaysia bagi mengesahkan keselamatan produk. Hasil analisis mendapati produk tersebut adalah selamat.

“Bagaimanapun produk itu tidak mencapai standard kualiti yang ditetapkan dalam Peraturan-Peraturan Makanan 1985 mengikut Akta Makanan 1983 iaitu dari segi kandungan lemak,” katanya.

Pada 10 Disember lalu, KPDNKK Johor telah merampas 210 kotak susu rumusan bayi bernilai RM42,000 yang disyaki tiruan di lima lokasi berbeza di Johor Bahru.

Dr Noor Hisham berkata KKM sentiasa peka dan prihatin terhadap perkara yang boleh mengancam kesihatan pengguna.

Sehubungan itu, beliau menyaran sebarang kemusykilan berhubung isu keselamatan makanan, pengguna boleh menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah atau Jabatan Kesihatan Negeri terdekat atau melalui laman sesawang http://moh.spab.gov.my atau facebook Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) www.facebook.com/bkkmhq. - BERNAMA

susu rumusan, KPDNKK

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain