suria

IMAMS Sdn Bhd Akur

KUALA LUMPUR: Pengendali Sistem Pengurusan Maklumat Bersepadu (IMAMS) akur dengan arahan kerajaan untuk membatalkan perkhidmatan tersebut serta merta pada 15 Disember lepas.

Integrated Manasik Monitoring System (IMAMS) Sdn Bhd dalam satu kenyataan pada Selasa berkata, syarikat tersebut akan  terus memberi  kerjasama kepada Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan serta mana-mana pihak yang terbabit dalam memastikan transisi peralihan kesemua data dan sistem perjalanan umrah akan berlangsung dengan baik dan lancar, demi menjaga kepentingan jemaah umrah Malaysia.

Pembatalan IMAMS  diumumkan Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Mas Ermieyati Samsudin pada Sabtu.

Pengumuman pembatalan pelaksanaan sistem itu dibuat berikutan pelbagai reaksi masyarakat kerana ia dilihat akan mengakibatkan penambahan kos bagi mengerjakan umrah.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan pembatalan pelaksanaan sistem itu sebagai tindakan tepat dan beliau tidak bersetuju sistem IMAMS dikenakan untuk urusan visa umrah.

Susulan pembatalan sistem IMAMS, Mas Ermieyati berkata kerajaan akan mencari kaedah baharu yang lebih berkesan bagi menangani penipuan pakej umrah.-- Bernama

IMAMS

Artikel Sebelum

Artikel Lain