suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Polis Nafi Keluar Amaran Pengganas Daesh Suntik Virus HIV

Noor Rashid Ibrahim.

KUALA LUMPUR: Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim menafikan ibu pejabat polis Bukit Aman ada mengeluarkan amaran tentang perbuatan pengganas Daesh menyuntik virus HIV ke badan orang ramai.

Ia kononnya dilakukan dengan mereka menyamar wakil dari kolej perubatan yang melakukan ujian gula dalam darah secara percuma.

“Bukit Aman tidak pernah mengeluarkan mesej sedemikian… saya harap orang ramai tidak percaya dengan mesej itu,” kata Noor Rashid ketika dihubungi pada Ahad berhubung mesej yang tular di laman sosial seperti WhatsApp .

Beliau bagaimanapun meminta orang ramai supaya berhati-hati sekiranya dikunjungi individu tidak dikenali ketika berada di rumah bagi mengelak daripada menjadi mangsa jenayah samun, penipuan dan sebagainya. - Bernama

Daesh, HIV

Artikel Sebelum

Lebih Rela Kaki Terkulai

Artikel Berikut

Artikel Lain