Cuti Warga Emas, Cucu Berakhir Tragedi - Semasa | mStar

Cuti Warga Emas, Cucu Berakhir Tragedi

Lim Moi Shiak (kiri) dan Chia Tee Nang.

KUALA LANGAT: Dua warga emas, Chia Tee Nang, 73, dan Lim Mai Shak, 68, baru sahaja pulang dari bercuti di Vietnam dua hari lalu.

Pasangan itu yang mengusahakan ternakan babi merancang untuk menghabiskan masa bersama tiga cucu mereka semasa cuti sekolah.

Dua daripadanya adalah cucu lelaki, berumur 10 dan 12 tahun yang tinggal bersama mereka, manakala cucu berumur tiga tahun dihantar dari rumah anak mereka di Kuala Lumpur.

Bagaimanapun, mereka tidak sempat menghabiskan masa bersama-sama. 

Sebaliknya, Tee Nang, dan Mai Shak maut bersama dua cucu mereka pada awal pagi Rabu.

Kedua-dua mereka dipercayai dibunuh sebelum dibakar bersama dua cucu, Ryan Chia Zeng Xi, 10, dan Chia Yuan Bin berumur tiga tahun.

"Kami terkejut mereka diserang dan kemungkinan dibunuh sebelum rumah dibakar," kata seorang saudara terdekat yang hanya mahu dikenali sebagai Chia.

Tambahnya, bapa saudara dan ibu saudaranya sekadar penduduk kampung yang menjalani kehidupan biasa.

"Mereka dah lama tinggi di sini sepanjang hidup mereka, dan rumah tersebut berusia kira-kira 100 tahun dibina oleh bapa kepada bapa saudara saya," kata Chia.

Menurut Chia, pasangan warga emas itu mempunyai empat anak, dan salah seorangnya meninggal dunia beberapa tahun lalu.

Tiga lagi anak mereka, masing-masing dua lelaki dan seorang perempuan bisu dan pekak.

Kata Chia, dua anak lelaki warga emas itu mengahwini wanita bisu dan pekak.

"Bapa dan ibu saudara saya menjaga dua cucu mereka yang perlu ke sekolah dari sini," katanya.

Menerusi satu video yang dimuat naik oleh seorang individu tidak dikenali, cucu berumur 12 tahun berjaya melarikan diri dengan bersembunyi di dalam tandas semasa penyerang memasuki rumah datuk dan neneknya.

Video tersebut dirakamkan hanya beberapa meter dari rumah yang terbakar, dan dapat mendengar beberapa bunyi letupan.

"Datuk saya, nenek saya, adik lelaki saya dan sepupu, semuanya terbakar," kata budak lelaki itu menerusi video berdurasi 58 saat.

Turut kedengaran adalah suara seorang lelaki yang menggesa supaya menghubungi polis.

Ditanya sama ada dapat mengenal pasti mangsa, cucu berumur 12 tahun itu berkata, lelaki berkenaan memakai topeng dan keluarganya ditetak. 

Polis kemudian menemui kesan tetakan pada badan mangsa.

Lim Moi Shiak , Chia Tee Nang

Artikel Sebelum

Kemalangan Maut: Pemandu, Kelindan Lori Direman

Artikel Berikut

Sah! Penganjur Maraton Klang Tiada Lesen

Artikel Berkaitan

Lelaki Maut Lepas Berlari Ke Arah Bas

Lega Dapat Rumah Sewa, Kerja Serentak