suria

Saham AirAsia Bernilai RM6, Nafi Bersara - Tony Fernandes

PETALING JAYA: Saham AirAsia Bhd yang kini didagangkan pada RM3.22, bernilai RM6, menurut Tan Sri Tony Fernandes yang juga pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) kumpulan syarikat penerbangan tambang murah itu.

Tony yang juga aktif di Twitter turut menafikan khabar angin mengenai persaraannya.

Saham AirAsia naik tiga sen atau 0.94 peratus kepada RM3.22 pada dagangan awal semalam manakala AirAir X tidak berubah pada 33.5 sen.

"Saya beritahu penganalisis bahawa kami bernilai RM3 ketika kami adalah 0.70 sen. Hari ini kami bernilai RM6.

"Tiada syarikat penerbangan yang mencatat pertumbuhan seperti AirAsia dengan strategi digital yang besar dengan aset bernilai tinggi daripada modal pasaran kita sekarang.

"Amat melucukan timbul khabar angin mengenai saya akan bersara. Pengumuman saya sesuatu yang menarik kerana ia akan menentukan masa depan AirAsia ," tulisnya di laman Twitter pagi Rabu.

Malah, Tony memberi jaminan bahawa beliau akan kekal bersama kumpulan syarikat tersebut.

"Jadi tidak akan ke mana-mana. Sesuatu yang menarik akan berlaku tidak lama lagi," katanya.

Tony Fernandes, AirAsia Bhd

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Nasib Baik Tak Digilis Treler!

Artikel Lain