suria

Empat Maut Kebakaran Rumah Di Tanjung Sepat

SEPANG: Dua warga emas dan dua kanak-kanak maut dalam kebakaran di sebuah rumah di Jalan Tepi Laut, Tanjung Sepat, Sepang pada Rabu.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Mohd Sani Harul berkata pihaknya nenerima panggilan berhubung kejadian itu kira-kira pukul 6.08 pagi dan keempat-empat mangsa ditemukan selepas api dipadamkan.

Beliau berkata mangsa kejadian ialah Chia Tee Nang, 73, Lim Mai Shak, 68, Chia Yuan Bin, 3, dan seorang lagi kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun yang masih belum dikenal pasti identitinya.

“Rumah berkeluasan 80 x 80 kaki persegi itu musnah sepenuhnya dalam kebakaran tersebut,” kata Mohd Sani.

Beliau berkata mangsa pertama ditemukan pada  6.43 pagi, mangsa kedua kira-kira empat minit kemudian, manakala mangsa ketiga dan keempat ditemukan pada  6.58 pagi. - BERNAMA

kebakaran, Tanjung Sepat

Artikel Sebelum

Artikel Lain