Tiga Beradik Menumpang Kasih Ibu Saudara - Semasa | mStar

Tiga Beradik Menumpang Kasih Ibu Saudara

Muhammad Daris Wafiy, 10, (kiri) dan adiknya Muhammad Daris Rayyan, 9, mengaminkan doa pada majlis tahlil untuk ibu bapa mereka selepas majlis penyampaian pencen penakat Perkeso oleh Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, Ahad.

SITIAWAN: Anak-anak pasangan mangsa kemalangan jalan raya di KM21 Sitiawan-Teluk Intan, berhampiran Kampung Kayan di sini, minggu lalu kini mengharapkan ihsan Ibu saudara sebagai  tempat mereka bermanja dan menumpang kasih.

Nor Alvina Abdullah,  31, berkata sejak kemalangan tersebut anak ketiga mangsa Muhammad Daris Amsyar, 5, atau panggilan manja Kinta menjadi sangat manja denganya, malah memanggilnya 'mommy'.

"Kinta sangat manja malah mahu tidur dengan saya dan turut memanggil saya 'mommy', sebelum ini dia panggil Mak Uda," kata Nor Alvina yang merupakan adik ipar Sairulazuwan Nadzim, yang maut dalam kemalangan tersebut," katanya.

Nor Alvina bercakap kepada pemberita selepas Majlis Penyampaian Cek Pampasan dan Pencen Ilat Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) kepada keluarga dan waris mangsa di Kampung Batu 9 Lekir di sini, Ahad.

Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir bertanya khabar kepada tiga beradik yatim piatu Muhammad Daris Wafiy, 10, dan dua adiknya Muhammad Daris Rayyan, 9, dan Muhammad DarisAmsyar,5, selepas beliau menyampaikan pencen penakat Perkeso kepada mereka, Ahad. Turut bersama datuk mereka Nadzim Mohd Taib. 

Pada 3 Disember lalu, Sairulazuwan, 37, dan isterinya Azilina Abdul Aziz, 37, serta anak bongsu pasangan tersebut Muhamad Daris Iffat, tiga bulan, maut selepas kenderaan pelbagai guna jenis Toyota Wish yang dinaiki terbabas sebelum terbalik ke dalam sebuah parit.

Selain Muhammad Daris Amsyar, pasangan tersebut meninggalkan dua lagi anak iaitu Muhammad Daris Wafiy, 10; dan Muhammad Daris Rayyan, 9.

Nor Alvina berkata, Kintan tidak boleh berenggang dengannya sejak ketiadaan ibu bapanya sehingga menyebabkan dia mengambil keputusan untuk tinggal di rumah mentuanya itu untuk sementara waktu.

"Mungkin dia masih lagi kecil, dia rindukan kedua ibu bapanya cuma dia tidak dapat meluahkannya. Saya juga perasan air mata Kintan akan mengalir setiap kali dia tengah tidur," katanya.

Nor Alvina yang mempunyai dua orang anak berkata dia menganggap ketiga-tiga anak saudaranya itu seperti anak sendiri dan mahu kesemuanya menjalani kehidupan seperti kanak-kanak lain selain berjaya dalam pendidikan.

"Saya dan suami, Jazli Nadzim, ada juga merancang untuk berpindah ke sini (rumah bapa Sairulazuwan) selepas melihat keadaan Kintan kerana saya mahu memberi sokongan dan perhatian kepadanya yang masih lagi terlalu kecil.

"Sedikit sebanyak dengan kehadiran kami dapat mengubati rindu Kintan dan juga abang-abangnya. Kami menganggap ia sebagai satu amanah dan tanggungjawab kepada kami untuk membesarkan mereka," katanya.

Sementara itu, ayah kepada Sairulazuwan, Nadzim Mohd Taib, 68, berkata sumbangan yang diterima daripada orang ramai akan digunakan untuk keperluan tiga beradik tersebut.

"Semoga Allah berikan kesihatan yang baik untuk kami terus kuat menjaga mereka," katanya. Menurutnya, Muhammad Daris Wafiy dan Muhammad Daris Rayyan akan berpindah ke Sekolah Kebangsaan  Batu 10 Lekir, manakala Muhammad Daris Amsyar akan memasuki tadika berhampiran rumahnya, tahun hadapan.- Bernama

Muhammad Daris , Lekir , Perkeso

Artikel Sebelum

Rahman Dahlan Ajak Sheila Majid Ke EPU

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

Artikel Lain