suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Suspek Penculik Ditembak Mati

KOTA KINABALU: Seorang suspek dipercayai penculik untuk wang tebusan (KFR) ditembak mati pasukan keselamatan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) awal pagi Isnin.

Suspek yang dipercayai berusia dalam lingkungan 30-an itu ditembak kira-kira pukul 3 pagi di perairan Lahad Datu.

Bagaimanapun, tiada maklumat terperinci berhubung insiden berkenaan.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Ramli Din akan mengadakan sidang akhbar berhubung kejadian itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Lahad Datu pada pukul 2 petang ini.

Difahamkan, suspek menaiki bot pancung dipercayai untuk masuk ke negara ini untuk membuat intipan. Apabila keadaan terkawal, suspek akan memaklumkan kepada rakan lain dan mereka akan melakukan rompakan di laut atau penculikan.


ESSCom, Lahad Datu

Artikel Sebelum

MB Johor Nafi Terima Suapan

Artikel Berikut

MBPJ Tawar RM3 Seekor Tikus

Artikel Lain