suria

Papagomo Bayar Ganti Rugi Lebih RM900,000 Kepada Anwar

KUALA LUMPUR: Penulis blog kontroversi, Papagomo membayar ganti rugi lebih RM900,000 kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana membuat kenyataan fitnah.

Papagomo atau nama sebenar Wan Muhammad Azri Wan Deris membayar kira-kira RM951, 260.27 kepada Anwar di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi, Husna Dzulkifli pada Isnin.

Bercakap kepada pemberita selepas prosiding itu, peguam Irna Shahana Samsudin yang mewakili Papagomo berkata anak guamnya telah melunaskan bayaran sebanyak RM950,000 dalam bentuk bank deraf manakala bakinya dalam bentuk tunai.

Irna berkata mahkamah turut menetapkan pada Selasa untuk menarik balik petisyen kebankrapan terhadap anak guamnya itu.

Peguam Latheefa Koya dan J.Leela mewakili Anwar.

Papagomo, Anwar Ibrahim

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

MB Johor Nafi Terima Suapan

Artikel Lain