suria

Komander Abu Sayyaf Mati Ditembak

Ramli (tengah) menunjukkan senapang yang digunakan suspek dipercayai ahli kumpulan Abu Sayyaf yang menembak pasukan keselamatam, pada sidang media di Lahad Datu, Isnin.

KOTA KINABALU: Lelaki yang ditembak mati oleh pasukan keselamatan merupakan ahli kumpulan Abu Sayyaf berpangkat komander.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Ramli Din berkata, lelaki tersebut dikenali sebagai Abu Paliyak atau Kamaner Paliyak @ Yusof terbunuh dalam insiden tembak-menembak dengan pasukan keselamatan di perairan Pulau Kantong Kalungan dekat Lahad Datu, pada kira-kira pukul 3 pagi Isnin.

Beliau berkata, Abu Paliyak terlibat dengan beberapa kes rompakan dan penculikan di perairan Kunak dan Lahad Datuk sejak 2014.

Tambah Ramli, Abu Paliyak menjadi sumber maklumat kepada kumpulan Remy, yang aktif menjalankan jenayah rentas sempadan di pantai timur Sabah.

"Kita percaya dia keluar ke laut untuk meninjau operasi dan pergerakan anggota keselamatan kita dan menyampaikan maklumat untuk menculik untuk mendapatkan tebusan," katanya kepada pemberita di Lahad Datu.

Beliau berkata, pasukan khas Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) dan polis marin sedang membuat rondaan di kawasan berisiko tinggi semasa mengesan sebuat bot yang dipandu seorang lelaki.

"Apabila dihampiri, pemandu melepaskan tembakan, menyebabkan pasukan keselamatan melepaskan tembakan balas.

"Selepas beberapa minit, polis menghampiri bot suspek dan seorang lelaki ditemui terbaring dalam bot berkenaan dengan kesan tembakan," katanya.

Beliau menambah, pemeriksaan menemui selaras senapang patah yang diubah suai bersama sebutir kelongsong peluru dan sebutir peluru.

Abu Sayyaf, Lahad Datu, Abu Paliyak

Artikel Sebelum

Nak Kahwin Atau Bajak Sawah?

Artikel Berikut

Artikel Lain