suria

Dimsum Jalin Usaha Sama Dengan Empat Penyiar Utama Asia

Lam Swee Kim (dua dari kanan) bersama artis Mediacorp Singapore Pierre Png, Desmond Tan, dan Pa pada majlis sempena ulang tahun pertama Dimsum di Sunway Pyramid pada Jumaat.

SINGAPURA: dimsum, perkhidmatan langganan ‘video-on-demand ‘(SVOD) Malaysia, menyambut ulang tahun pertamanya dengan menandatangani empat perjanjian penting bersama syarikat penyiaran terkemuka Asia, sempena Asia TV Forum  and  Market (ATF) yang berlangsung di Singapura baru-baru ini.

dimsum menandatangani perjanjian itu bersama GMM Grammy (Thailand), Celestial Tiger Entertainment (Hong Kong), Ani-One (Hong Kong) dan Asia Travel (Taiwan).

"Ini merupakan pencapaian penting bagi dimsum kerana rakan serantau utama kini bersama kami.  Kali ini kami mendapat empat secara serentak," kata Ketua Pegawai Pemasaran dimsum, Lam Swee Kim kepada Bernama.

dimsum diurus oleh SMG Entertainment Sdn Bhd, yang sebelum ini dikenali sebagai Star Online Sdn Bhd, yang merupakan sebahagian daripada Star Media Group, yang memberi tumpuan kepada kandungan Asia yang disalurkan menerusi aplikasi mudah alih dan pelayar web.

Kandungan  dimsum bertumpukan kepada siri drama dan persembahan daripada rakan kongsi kandungan terbaik di seluruh Asia.

"Kami sedang mengenal pasti lebih banyak perkongsian, terutama membabitkan kandungan. Kami banyak memberi tumpuan kepada negara Asia Timur. China dan Singapura penting bagi kami, selain Taiwan, Thailand, Korea Selatan, dan Jepun," kata Swee Kim.

Sejak dilancarkan pada November 2016, dimsum memperoleh hak eksklusif dari China, Taiwan, Thailand dan Jepun.

Kandungan dalam khazanahnya termasuk filem, drama, dokumentari, pelbagai, serta  persembahan kanak-kanak dari China, Jepun Taiwan, Hong Kong, Thailand, Korea Selatan, Singapura, Thailand dan Malaysia.

Mengenai prestasi setahun dimsum, Lim menyifatkan ‘prestasiya hebat dan merupakan tahun yang sibuk." 

"Kami berjaya memenuhi sasaran. Keseluruhan 12 bulan melibatkan aktiviti pengedaran, pembayaran dan penyepaduan bersama syarikat telekomunkasi," katanya.

Swee Kim berkata selama setahun ini, dimsum juga disepadukan dengan Samsung Smart TV dan boleh diakses menerusi Chromecast dan AirPlay.

"Kami juga banyak bekerja sama dengan program kesetiaan seperti Grab, AirAsia BIG dan bank," katanya.

dimsum menawarkan kandungan berdefinisi tinggi dengan akses kepada lima pengguna serentak merentas pelbagai peranti dengan pilihan untuk memuat turun untuk tontonan di luar talian.

Ciri-ciri lain termasuk pengawalan ibu bapa dan sari kata dalam pelbagai bahasa.-- Bernama


dimsum, SMG

Artikel Sebelum

Artikel Lain