suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Najib Ucap Takziah Atas Pemergian Surin

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak merakamkan ucapan takziah atas pemergian bekas setiausaha agung ASEAN, Dr Surin Pitsuwan di Bangkok.

“Dukacita mendengar mengenai pemergian Surin Pitsuwan, bekas setiausaha agung Asean dan (bekas) menteri luar Thailand. Satu kehilangan besar bukan sahaja kepada Asean tetapi juga kepada dunia diplomasi. Al-Fatihah,” menurut Najib dalam catatannya menerusi Twitter.

Allahyarham Surin, 68, meninggal dunia akibat serangan jantung.  Surin rebah ketika sedang bersiap untuk menghadiri Perhimpunan Halal Thailand  2017 dekat Bangkok dan dikejarkan ke Hospital Ramkhamhaeng sebelum disahkan meninggal dunia kira-kira 3 petang waktu tempatan.

Surin merupakan timbalan menteri luar Thailand dari 1992 hingga 1995 sebelum dilantik sebagai menteri luar dari 1997 hingga 2001 di bawah kepimpinan Perdana Menteri Chuan Leekpai.

Pada 1 Januari, 2008, beliau dinamakan sebagai Setiausaha Agung Asean.- Bernama

Dr Surin Pitsuwan, Asean

Artikel Sebelum

Pencuri Tinggalkan RM1

Artikel Berikut

Artikel Lain