Lebih 95,000 Hidap HIV Di Malaysia

PUTRAJAYA: Seramai 95,470 kes jangkitan HIV direkodkan di negara ini sejak 1986 hingga September tahun ini dengan bilangan kes baharu menunjukkan penurunan sebanyak 42 peratus iaitu daripada 5,830 kes pada tahun 2006 kepada 3,397 kes pada tahun lepas.

Pada tahun ini, sehingga September sejumlah 3,014 kes baharu dilaporkan.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata epidemik HIV/AIDS menunjukkan kemajuan yang amat baik sejak ia mula dikesan di negara ini 31 tahun lepas dengan kes jangkitan baharu dan kes kematian akibat AIDS menunjukkan trend penurunan.

Dalam perutusan sempena Hari AIDS Sedunia 2017 hari ini, beliau berkata kes kematian akibat AIDS mencatatkan penurunan sebanyak 31 peratus iaitu 911 kes pada 2016 berbanding 1,321 kes pada tahun 2006.

“Saya percaya dengan kepimpinan, komitmen dan kerjasama pelbagai pihak dan peranan masyarakat, Malaysia mampu membendung jangkitan HIV/AIDS dan seterusnya mengakhiri epidemik tersebut menjelang 2030,” katanya dalam kenyataan di sini.

Justeru, Dr Subramaniam menyarankan kepada masyarakat terutama golongan berisiko supaya menjalani ujian saringan HIV dan mengetahui tahap jangkitan bagi membolehkan rawatan awal dapat diberikan.

Tahun ini, Malaysia menyambut Hari AIDS Sedunia dengan tema “Kesihatan Hak Anda. Manfaatkan Rawatan, Akhiri AIDS”.

Hari AIDS Sedunia disambut pada setiap 1 Disember dengan tujuan untuk meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai jangkitan HIV/AIDS dan langkah pencegahan serta rawatan ke arah mengakhiri penyakit itu menjelang 2030. - Bernama

HIV

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klik

Laksana tanggungjawab perangi Covid-19, sumbangan mega Petronas saat krisis tiada sempadan – “Diharapkan Malaysia lebih kuat dan utuh di masa depan”

DENGAN keadaan yang tidak menentu ketika ini akibat pandemik Covid-19, terdapat keperluan bagi negara untuk bersama-sama menangani penularan wabak itu.

Tak ada idea nak masak apa? Ini 5 program memasak menarik untuk anda tune in, no.2 paling kecoh!

LIMA program masakan terbaik yang boleh anda tonton secara streaming di Astro GO

Check-out seleksi menyegarkan, menambah nikmatnya tradisi iftar... Kombo Cool Kathira, Cool Bandung memang berbaloi!

COOLBLOG Tradisi Cool Ramadan tampil dengan seleksi minuman Cool Kathira dan Cool Bandung.

Sedih tak dapat beraya di kampung? Jom hidupkan suasana raya, menu Syawal boleh dihidang di mana-mana... Pek Ceria Raya kan ada!

TAK dapat balik kampung! Barangkali begitulah yang luahan dan keluhan kebanyakan kita yang menyambut 1 Syawal kali ini.

Jom senyum bersama tersayang sambil menonton banyak pilihan prabayar sepanjang Ramadan, Syawal... hanya di NJOI Prepaid!

TIGA pilihan pek baharu bersama 16 saluran ala-carte untuk pelanggan NJOI sepanjang Syawal ini.

Artikel Lain