suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Eco Drive Percuma Sekitar Shah Alam

PERBADANAN Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) memperkenalkan perkhidmatan bas elektrik secara percuma di sekitar kawasan komersial Shah Alam bagi memudahkan pergerakan orang awam.

Sempena sambutan ulang tahun PKNS ke-53, perbadanan itu memutuskan untuk menyediakan pengangkutan bas percuma kepada orang ramai dan pada masa sama mengurangkan pencemaran udara menerusi penggunaan kenderaan yang dikuasakan tenaga elektrik.

Perkhidmatan meliputi jarak 6.5 kilometer (km), perkhidmatan bas yang dikenali sebagai Eco Drive itu bermula dari ibu pejabat PKNS ke kompleks PKNS sehingga ke terminal bas Shah Alam (belakang Maybank) di Seksyen 14.

Laluan itu mengambil masa antara 15 hingga 20 minit bergantung kepada keadaan trafik dan perkhidmatan itu antara jam 7 pagi hingga 7 malam sepanjang Isnin hingga Jumaat, kecuali cuti umum.

Dalam masa sehari, bas berkenaan melakukan 45 perjalanan meliputi 292km.

PKNS memulakan perkhidmatan bas elektrik secara percuba bagi mengurangkan penghasilan karbon dan semua kakitangannya digalakkan menggunakan khidmat itu.

"Matlamat kami adalah untuk mengurangkan kadar kenderaan yang digunakan seorang pemandu sahaja terutama pada waktu puncak yang sesak.

"Setakat ini, kakitangan PKNS memberi sambutan baik dan pihak pengurusan amat menghargainya," kata Pengurus Komunikasi Korporat PKNS, Ishak Hashim.

Teknologi tenaga elektrik yang digunakan mencecah kos RM530,000 setahun dan bas berkenaan juga dilengkapkan dengan WiFi percuma.


PKNS, Eco Drive

Artikel Berikut

Pencuri Tinggalkan RM1

Artikel Lain