Tubuh Pasukan Tindakan Khas Siasat Sindiket Pelacuran - Semasa | mStar

Tubuh Pasukan Tindakan Khas Siasat Sindiket Pelacuran

JOHOR BAHRU: Jabatan Imigresen sudah membentuk pasukan tindakan khas untuk menyiasat sindiket pelacuran yang dikaitkan dengan penemuan wang tunai berjumlah RM13 juta di Kota Kinabalu pada Jumaat.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, siasatan akan dijalankan bagi mengetahui sama ada sindiket itu berasingan atau mempunyai kaitan dengan lokasi yang lain.

Kata beliau, Jabatan Imigresen menubuhkan pasukan itu kerana sindiket tersebut melibatkan warga asing tanpa izin.

"Penemuan itu menunjukkan pelacuran di negara ini sangat serius dan perlu dibendung," katanya kepada pemberita pada Ahad.

Tambah Nur Jazlan, sindiket itu akan didiasat di bawah Akta Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 (Amla).

Dilaporkan wang tunai berjumlah RM13 juta ditemukan di dua lokasi berbeza oleh pegawai Jabatan Imigresen ketika mereka menyerbu sebuah hotel di Kota Kinabalu selepas mendapat maklumai mengenainya.

Pegawai tersebut berjaya menyelamatkan seramai 20 wanita Filipina yang disembunyikan di hotel berkenaan dan menahan tiga suspek yang dipercayai anggota sindiket terbabit.

Jabatan Imigresen

Artikel Sebelum

PRU14 Lepas Tahun Baru Cina?

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Lebih Artikel