suria

Polis Ditempatkan Di Kawasan Panas KL

KUALA LUMPUR: Polis Kuala Lumpur akan menempatkan pegawai di kawasan panas di kawasan perumahan awam dalam usaha menurunkan kadar jenayah di kawasan itu.

Ketua Polisnya, Datuk Mazlan Lazim berkata, 12 kawasan perumahan telah dipilih untuk menjalani inisiatif baharu itu, dan dikaji semula setiap tiga bulan.

"Fasa pertama akan mempunyai seorang pegawai dan berpangkat dan anggota polis tersebut akan ditempatkan di setiap 12 kawasan yang dikenal pasti.

"Mereka akan bekerjasama dengan penduduk dan bertindak seperti "ayah", katanya pada majlis pelancaran di Pangsapuri Sri Selangor di sini, Sabtu.

Beliau berkata, pegawai berkenaan akan bertindak sebagai penghubung antara polis dan orang awam, serta mengawasi kadar jenayah.

Tambah Mazlan, beliau dia akan meneliti perkembangan setiap kawasan panas dan melakukan kajian semula dalam masa tiga bulan.

Sebanyak 12 projek perumahan lagi akan dipilih dalam fasa kedua.

Pangsapuri Sri Selangor dipilih sebagai sebagai projek perumahan pertama untuk inisiatif tersebut berikutan lokasinya berdekatan dengan ibu pejabat polis Kuala Lumpur.

Beliau berkata, terdapat peningkatan dalam kes dadah antara kawasan perumahan awam di bandar raya ini, dan diharapkan inisiatif itu dapat mengurangkan kadar tersebut.

polis, kawasan panas

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

BR1M Bantu Jutaan Rakyat

Artikel Lain