suria

Terjun Tingkap Lepas Ditegur Ibu

JOHOR BAHRU: Seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun dipercayai terjun dari tingkat sembilan sebuah apartment di Taman Tampoi Indah di sini selepas ditegur oleh ibunya.

Ketua Polis Johor Bahru, Asisten Komisioner Mohd Taib Ahmad berkata, insiden itu dipercayai berlaku selepas ibu mangsa meminta agar anaknya itu tidak membuat bising di dalam rumah.

"Siasatan awal mendapati, mangsa mengunci dirinya di dalam bilik sebelum terjun melalui tingkap," katanya menerusi kenyataan yang dikeluarkan pada Sabtu.

Tambah beliau, mangsa mengalami kecederaan parah dalam kejadian yang berlaku pada pukul 2.30 petang Jumaat itu.

"Dipercayai berlaku perbalahan antara mereka dan ibu mangsa sama sekali tidak menjangka anaknya akan bertindak sedemikian," katanya.

Mohd Taib berkata, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan siasatan lanjut akan dijalankan.

terjun bangunan

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain