suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Thailand Tahan Tujuh Bas Ekspres Malaysia

Tujuh buah bas ekspres milik syarikat Malaysia ditahan oleh pihak berkuasa di wilayah Songkla. - Gambar hiasan/ Bicycle Adventure

SONGKLA: Tujuh buah bas ekspres milik syarikat Malaysia ditahan kerana tidak mempunyai permit untuk masuk ke Thailand dalam operasi besar-besaran yang dilancarkan oleh pihak berkuasa di wilayah Songkla, selatan Thailand, Khamis.

Pemangku Naib Ketua Polis Pelancong Thailand, Mejar Jeneral Surachet Hakpan berkata, penahanan bas ekspres tersebut adalah sebahagian daripada operasi pencegahan jenayah di wilayah yang terkenal sebagai destinasi tumpuan pelancong Malaysia dan Singapura.

Operasi bersepadu pelbagai agensi itu turut memeriksa pusat-pusat hiburan, hotel, premis tukaran wang asing, terminal bas dan syarikat pelancongan di wilayah terbabit, katanya kepada media di sini pada Jumaat.

Selain itu, katanya, mereka turut menahan 30 rakyat Malaysia yang tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah dan permit kerja serta 22 warga tempatan dan merampas pebagai jenis senjata api, dadah dan ubat batuk. - Bernama


baks ekspres

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain