suria

Hujan Lebat Tiga Jam Punca Banjir Kilat

Sebahagian dari Jalan Dato Sheikh Ahmad dipenuhi air kerana banjir kilat.

SEREMBAN: Hujan lebat selama tiga jam menyebabkan kejadian banjir kilat berlaku di beberapa kawasan di pusat bandar di sini pada petang Jumaat.

Kawasan yang teruk terjejas adalah Jalan Tunku Hasan, Jalan Tun Dr Ismail, Jalan Tuanku Munawir dan Jalan Datuk Sheikh Ahmad.

Sementara itu, paras air di beberapa kawasan turut naik setinggi 30 sentimeter sekaligus mengakibatkan keadaan trafik lumpuh.

Pegawai daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat (Bomba) berkata, banjir kilat berlaku disebabkan hujan lebat luar biasa dan longkang tersumbat di beberapa lokasi.

"Tiada mangsa dilaporkan terlibat," katanya yang turut memberitahu tiada pemindahan penduduk dilakukan setakat ini.

Kata pegawai itu, banjir kilat turut dilaporkan berlaku di Taman Mutiara Galla dan Taman Sri Pulasan.

"Lima rumah dinaiki air di Taman Mutiara Galla. Bagaimanapun, paras air semakin surut dan situasi berada dalam keadaan terkawal," jelasnya.

banjir kilat

Artikel Sebelum

Bersedia! PRU14 Pada April-Mei

Artikel Berikut

Artikel Lain