suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Firefly Alami Masalah Teknikal Berpatah Balik

GEORGE TOWN: Penerbangan Firefly yang sedang dalam perjalanan ke Subang dari Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang terpaksa berpatah balik di pertengahan jalan pagi ini berikutan masalah teknikal.

Difahamkan pesawat itu mengalami masalah teknikal semasa berada di udara dan membuat pendaratan kecemasan di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang.

Ketua Pegawai Eksekutif Firefly Ignatius Ong berkata, penerbangan FY2087 dari Pulau Pinang ke Subang pada 10 pagi melaporkan mengalami masalah teknikal sebaik sahaja berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang.

"Sebagai langkah berjaga-jaga, pesawat itu telah mendarat dengan selamat tanpa peristiwa yang menarik pada kira-kira 10.20 pagi," katanya kepada Bernama ketika dihubungi, Selasa.

Beliau berkata, kesemua 45 penumpang dan empat anak kapal selamat dan akan dimaklumkan mengenai penerbangan berikutnya dalam waktu terdekat. - Bernama


Firefly

Artikel Sebelum

Nampak Mayat Bergelimpangan...

Artikel Berikut

Artikel Lain