Yusof Apdal Bebas Dengan Ikat Jamin - Semasa | mStar

Yusof Apdal Bebas Dengan Ikat Jamin

KOTA KINABALU: Anggota Dewan Undangan Negeri Lahad Datu Datuk Mohd Yusof Apdal yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 17 Oktober lalu dibebaskan pada Isnin.

Ketua Umno Bahagian Silam yang juga adik kepada bekas Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah itu dibebaskan kira-kira 10.05 pagi dengan ikat jamin SPRM RM100,000 dengan RM 50,000 deposit beserta dua penjamin tempatan.

Perintah pembebasan  itu dibuat Majistret Cindy Mc Juce Balitus selepas mendengar permohonan Pegawai Pendakwa SPRM Faliq Basiruddin.

Mohd Yusof direman enam hari bermula 18 Oktober bagi membantu siasatan berhubung penyelewengan dana pembangunan luar bandar mengikut Seksyen 17A Akta SPRM 2009.

Bagaimanapun beliau dikehendaki melaporkan diri ke pejabat SPRM sekali dalam sebulan hingga kes selesai.-- Bernama

Yusof Apdal , SPRM

Artikel Sebelum

Jajaran SDL Dibuka Tengah Malam Ini

Artikel Berikut

'Makan Angin' Sebelum Buat Kerja Jahat

Artikel Berkaitan

Adik Shafie Apdal Direman

Adik Shafie Apdal Ditahan SPRM

Klik

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

Artikel Lain