Runtuhan Di Kawasan Gunung Kinabalu - Semasa | mStar

Runtuhan Di Kawasan Gunung Kinabalu

KOTA KINABALU: Sebahagian kawasan di Gunung Kinabalu runtuh berikutan hujan berterusan dan angin kuat.

Bagaimana pun, insiden yang berlaku pada pukul 5 petang itu tiada melibatkan kemalangan jiwa atau kecederaan.

Insiden berlaku kira-kira 1.5 kilometer daripada bangunan terdekat.

Berlaku runtuhan tanah dan batu berdekatan di kawasan Sungai Mesilou.


Kawasan dan resort di lokasi terbabit sememangnya telah ditutup akibat kerosakan selepas gegaran Gunung Kinabalu yang berlaku pada 5 Jun 2015.

Timbalan Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sabah Leftenan Kolonel (PA) Mohd Izaimi Md Daud berkata, beberapa pegawai telah dihantar ke lokasi kejadian untuk melihat tahap kerosakan dan bertemu dengan penduduk kampung selepas menerima panggilan kecemasan pada pukul 5.45 petang.

"Berdasarkan pemerhatian kami, semuanya dalam kawalan.

"Kami meminta penduduk kampung tidak panik dan pengaliran air sungai juga normal," jelasnya.

Tambah Izaimi, pihaknya akan terus memantau situasi tersebut.

Gunung Kinabalu

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Lebih Artikel

Rakyat Pahang terima Sultan baharu