suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

SKMM, PDRM Siasat Kes Iklan Jual Data Pengguna

Gambar hiasan.

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bersama Polis Di Raja Malaysia (PDRM) sedang menyiasat laporan bahawa terdapat pengiklanan untuk menjual data pengguna yang disyaki diperoleh secara tidak sah.

Dalam kenyataan pada Jumaat, SKMM berkata, sebagai langkah pencegahan pihaknya telah meminta pentadbir laman sesawang lowyat.net untuk menurunkan iklan penjualan tersebut.

"Pentadbir laman sesawang tersebut telah memberi kerjasama menurunkan iklan serta artikel yang berkaitan," katanya.

Suruhanjaya itu juga menggesa agar semua pihak tidak membuat sebarang spekulasi berkenaan isu tersebut sehingga pihak berkuasa melengkapkan siasatan. - Bernama

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Tujuh GRO Pondan Ditahan

Artikel Lain