suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tujuh GRO Pondan Ditahan

Gambar hiasan.

JOHOR BAHRU: Tujuh orang pondan adalah antara 77 pelayan pelanggan (GRO) yang ditahan dalam Ops Noda di sebuah pusat hiburan di sini tengah malam Khamis.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor, SAC Azman Ayob berkata, pondan itu merupakan warga Laos yang bekerja di pusat hiburan terbabit.

"Yang turut ditahan terdiri daripada enam warga Vietnam dan 64 warga Thailand,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Beliau berkata, seorang lelaki berusia 40 tahun yang mengaku bekerja sebagai pengurus premis itu turut ditahan.

Seramai 75 pengunjung lelaki dan lima wanita diperiksa dan dua daripada mereka ditahan atas kesalahan berkaitan dadah dan mencuri. - Bernama

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Shafie Direman Empat Hari

Artikel Lain