suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Penantian Dua Beranak Berakhir

Gambar hiasan.

PETALING JAYA: Seorang ibu rakyat malaysia dan anak lelakinya dilarang meninggalkan China dua tahun lalu akhirnya pulang ke tanah air pada awal pagi Rabu. 

Menurut Faceebook ahli keluarga wanita terbabit, Zoey Cheng, dua beranak itu berjaya pulang ke Malaysia dengan bantuan Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman.

"Terima kasih kepada anda semua yang bekerjasama menjayakan petisyen kami sekaligus mendapat perhatian Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman dan membantu mereka keluar dari China untuk pulang ke Malaysia.

"Terima kasih di atas doa, keprihatinan dan petisyen anda bagi membolehkan kami bertemu semula," katanya.

Cheng Chau Yang, 42, dan anak lelakinya berusia lapan tahun dilarang pulang ke Malaysia berikutan pertikaian perundangan membabitkan bekas suaminya warga China.

Mahkamah China mengeluarkan perintah sekatan ke luar negara kepada Cheng yang mendapat hak penjagaan anak, bagi membolehkan bekas suaminya diberi peluang untuk melawat anak mereka.

Sebanyak 8,185 tandatangan dikumpul bagi petisyen itu sehingga hari Khamis.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Dua Mati Ditembak Di Kafe

Artikel Lain