Bebas Hanya Beberapa Minit, Boy Iman Dicekup Semula - Semasa | mStar

Bebas Hanya Beberapa Minit, Boy Iman Dicekup Semula

Boy Iman.

PETALING JAYA: Tiga suspek kes penipuan perumahan kos rendah melibatkan jumlah kerugian RM6.2 juta telah bebas tahanan reman pada petang Rabu sebelum ditahan semula dan dibawa ke dua negeri berasingan untuk siasatan lanjut.

Salah seorang daripada suspek adalah pelakon merangkap Pengarah Urusan DBI Properties, Datuk Norul Iman A. Rahman atau lebih dikenali sebagai Boy Iman.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, Boy Iman dibebaskan pada kira-kira pukul 6 petang selepas tempoh remannya berakhir pada petang Rabu.

Beliau bagaimanapun berkata, kes masih disiasat dan kesemua mereka akan direman pada Khamis, di mana perintah tahanan untuk Boy Iman akan dipohon di Muar, manakala dua lagi suspek di Nilai.

Boy Iman Punya Hal, Adam Shaz Terkena

Menurut Acryl Sani, jumlah laporan bertambah dari 188 kepada 201 berkaitan penipuan jualan rumah yang dilakukan DBI Properties dan Syarikat Juta Kelulut Global Resources (SJKGR).

Beliau menambah, Boy Iman dihantar ke Ibu Pejabat Polis Daerah Muar (IPD) untuk direman bagi siasatan lanjut di sana.

“Kes masih disiasat. Pihak polis akan memanggil beberapa lagi individu untuk membantu siasatan,” kata Acryl Sani pada Rabu malam.

Acryl Sani berkata, kesemua laporan polis berkaitan kes penipuan tersebut dibuat di seluruh negara.

Terdahulu, kesemua suspek yang berusia antara 29 hingga 45 tahun direman selama dua hari bermula Selasa untuk siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Pada Selasa, Acryl dalam satu kenyataan berkata, syarikat berkenaan yang menawarkan rumah kepada mangsa dengan harga sekitar RM60,000 untuk sebuah rumah banglo berkeluasan 1,650 kaki persegi, bagaimanapun, setelah bayaran dilunaskan pembinaan rumah tersebut tidak dijalankan.

“Dalam tangkapan pertama, JSJK merampas sebuah kereta Nissan Fairlady, sebuah kereta BMW E92, 3 unit telefon bimbit, sijil doktor falsafah dari Samaritan Mission International University dan pelbagai dokumen syarikat DBI Properties.

“Manakala, dalam tangkapan kedua, kita merampas dua unit telefon bimbit dan pelbagai dokumen Syarikat Juta Kelulut Global Resources,” katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Syed Saddiq Tak Goyah

Artikel Berkaitan

Mahkamah Tolak Permohonan Reman Boy Iman

Permohonan Reman Boy Iman Ditolak

Klik

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

Artikel Lain