suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Syed Saddiq Dakwa Diperas Ugut Pula

Syed Saddiq.

PETALING JAYA: Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang mendakwa dalam sidang media pada Isnin ditawarkan sebanyak RM5 juta untuk meninggalkan negara ini, kini memberitahu bahawa beliau diperas ugut.

"Saya akan ke balai polis terlebih dahulu kerana ia melibatkan peras ugut, yang merupakan isu sensitif kerana ia melibatkan ibu bapa, beradiknya dan saya sendiri," kata Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu pada Selasa.

Bagaimanapun, beliau tidak mendedahkan dalangnya mahupun apakah yang diperas ugut.

Syed Saddiq berkata, beliau akan membuat laporan polis pada Rabu.

Beliau berkata, laporan akan dibuat kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sekiranya diperlukan.

"Ia (perjumpaan dengan polis) akan dilakukan esok dan saya akan pergi ke SPRM sehari selepas itu," katanya.

Dalam sidang media pada Isnin, Syed Saddiq mendakwa beliau dan keluarganya diganggu dan beliau ditawarkan RM5 juta untuk meninggalkan negara ini.

Beliau turut mengumumkan mengambil keputusan untuk menangguhkan pengajiannya di Universiti Oxford. 

Syed Saddiq

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Bingit Punca Tikam Rakan

Artikel Lain