suria

Penulis Turki Dibebaskan

PETALING JAYA: Penulis warga Turki yang ditahan pegawai Imigresen pada malam Isnin selepas dijemput mengadakan syarahan mengenai agama di negara ini telah dibebaskan.

Mustafa Akyol yang bertugas sebagai wartawan, dipanggil untuk disoal siasat Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) kerana melanggar Seksyen 11 Akta Kesalahan Jenayah Syariah iaitu menjalankan ajaran agama tanpa tauliah.

Pengarah Jawi, Abdul Aziz Jusoh dalam satu kenyataan berkata persidangan meja bulat yang dihadiri Mustafa bertajuk “Does Freedom of Conscience Open the Floodgates to Apostasy?” anjuran Islamic Renaissance Front (IRF) pada Ahad menerima aduan orang awam yang membawa kepada siasatan Jawi.

Susulan itu, katanya, Jawi menyampaikan surat perintah hadir kepada Mustafa bagi membantu siasatan Jawi pada Isnin, namun dia gagal hadir.

"Oleh kerana itu, kita buat permohonan kepada Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur untuk mengeluarkan waran tangkap mengikut Seksyen 58(A) Akta Tatacara Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 (Akta 560) bagi melengkapkan siasatan atas kesalahan mengajar agama tanpa tauliah," kata Abdul Aziz.

Kata Abdul Aziz, soal siasat mendapati pihak penganjur tidak memaklumkan kepadanya keperluan untuk mendapatkan tauliah daripada pihak berkuasa agama bagi mana-mana orang yang ingin menyampaikan pengajaran Islam di negara ini.

Terdahulu penahanan Mustafa dilakukan oleh Jabatan Imigresen dan diserahkan kepada pegawai kawalan perjalanan (TCO) KLIA kira-kira pukul malam Isnin.

Jawi, Mustafa Akyol

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain