suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pengasas JJPTR, Dua Lain Didakwa Menipu

KUALA LUMPUR: Pengasas pengendali skim pelaburan kontroversi JJ Poor to Rich (JJPTR), Johnson Lee didakwa di mahkamah majistret kerana melakukan penipuan bersama dua lelaki lain.

Lee, 28, atau nama sebenarnya Lee Chong Sen didakwa bersama Kim Seong Woei dan Pang Chee Peng masing-masing berusia 30 tahun pada Selasa.

Dalam kertas pertuduhan, ketiga-tiga tertuduh didakwa menipu Yeoh Kian Lai, 45, untuk melabur dalam skim pelaburan JJPTR yang menjanjikan keuntungan yang sebenarnya tidak wujud.

Mangsa dikehendaki memasukkan wang deposit sebanyak RM4,700 ke dalam akaun bank, PCP Global Tech Sdn Bhd.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di cawangan CIMB dekat Jinjang Selatan pada pukul 1.30 petang, 30 Mac lalu.

Mereka didakwa di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu yang boleh membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun, sebatan dan denda jika didapati bersalah.

Ketiga-tiga suspek mengaku tidak bersalah atas pertuduhan itu.

Mahkamah menetapkan ikat jamin sebanyak RM4,000 dengan seorang penjamin untuk setiap seorang suspek.

JJPTR

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain