suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Aksi 'Superwoman' Dikecam

PETALING JAYA: Aksi berani mati seorang gadis jelita yang membuat aksi 'superwoman' dikecam netizen kerana bukan sahaja membahayakan nyawanya, malahan pengguna jalan raya lain.

Adegan gadis tersebut yang seolah-olah terbang di luar tingkap kereta dalam video berdurasi 15 saat menjadi tular di media sosial baru-baru ini.

Dengan wajah selamba, gadis itu menunjukkan aksi 'terbang' persis superwoman sambil melambai-lambai tangan dan tersenyum ke arah rakan-rakannya yang turut berada di dalam kereta itu.

Lebih memalukan, aksi berbahaya itu turut mendapat pujian di kalangan rakan-rakannya yang menjadi penumpang dan pemandu kereta tersebut.

Malah, suasana di dalam kereta tersebut juga kecoh apabila gadis berkenaan diminta memandang ke arah kamera supaya aksinya dirakam.

Video tersebut mengundang kemarahan dalam kalangan netizen yang mengaitkan gadis cantik sering melakukan perbuatan tidak masuk akal demi meraih perhatian.

Antara komen netizen yang mengecam tindakan berbahaya gadis tersebut.

Bagaimanapun lokasi kejadian tidak diketahui.

superwomen

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain