suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pulau Pinang Bakal Dilanda Banjir Lagi?

Kejadian tanah runtuh di Bukit Baru. Foto K.T GOH / The Star

GEORGETOWN: Hujan lebat selama beberapa jam mencetuskan kebimbangan mengenai banjir akan berulang lagi di Pulau Pinang.

Jabatan Bomba dan Penyelamat pada Khamis memberi amaran bahawa Sungai Pinang telah mencecah paras bahaya dengan air setinggi 2.2 meter.

Air pasang juga dijangka membawa kepada banjir kilat sekiranya hujan berterusan.

Sementara itu, satu kejadian tanah runtuh dilaporkan berlaku di Jalan Bukit Baru, Balik Pulau menyebabkan laluan ke Bayan Lepas, Bukit Jambul dan Sungai Ara terputus.

Beberapa kejadian tanah runtuh juga dilaporkan di Batu Feringhi dan Balik Pulau.

Trafik turut dilaporkan sesak pada Rabu dari Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu menuju Jambatan Pulau Pinang dengan kesesakan sejauh empat kilometer.

Pada 15 September lalu, hujan lebat mengakibatkan banjir kilat terburuk dalam tempoh 20 tahun sehingga menyebabkan orang ramai panik. 

banjir kilat

Artikel Sebelum

Tujuh Suspek Abu Sayyaf Kena Cekup

Artikel Berikut

Ambil Dadah Untuk Kurus

Artikel Lain