suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tujuh Suspek Abu Sayyaf Kena Cekup

KUALA LUMPUR: Tujuh warga Filipina yang disyaki mempunyai kaitan dengan kumpulan Abu Sayyaf ditahan dalam serbuan minggu lalu, kata Tan Sri Mohamad Fuzi Harun.

"Operasi susulan ini sebagai lanjutan kepada penahanan suspek yang merancang menyerang negara pada Hari Kebangsaan dan penutup Sukan SEA.

"Semua tujuh suspek berusia antara 22 dan 38 tahun itu bekerja sebagai pengawal keselamatan di syarikat swasta di ibu negara dan Selangor," kata Ketua Polis Negara dalam kenyataan pada Khamis.

Beliau berkata, suspek yang berusia 22 tahun terlibat dalam pertempuran bersama pasukan keselamatan Filipina dan penculikan.

"Suspek masuk ke negara ini menerusi Sandakan, Sabah sebelum ke sini pada September 2015.

"Mereka menggunakan dokumen perjalanan palsu," katanya.

Menurutnya, Bukit Aman akan meneruskan operasi bagi membanteras kegiatan pengganas asing yang merancang untuk menggunakan Malaysia sebagai transit atau lokasi persembunyian.

"Sejak awal tahun ini, 41 pengganas warga asing telah ditahan," katanya.

Abu Sayyaf, Fuzi Harun

Artikel Sebelum

PRU Musim Monsun Kali Terakhir 1999

Artikel Berikut

Artikel Lain